Tuesday, 4 October 2011

Girls Day Out - Go Genting!! Part 1

Assalamualaikum semua...

Terasa begitu lama belog ini dibiarkan kurang kasih sayang... Sorry ya my beloggy belog... Cik Tuan Badan Agak malas  Busy ckit lately.. :)

Pada entry kali ni Cik Ratu ingin nak kongsikan our 'Girls Day Out' kat 
Taman Tema Genting Highland Sabtu 24 September 2011 yang lepas...
Memang syok giler la...tambahan pulak pegi beramai-ramai ngan member...
Sangat Happening Okay :D

Sebenarnya plan nak ke Genting Highland ni dah lama dh..tapi asyik postpone2 je dari tahun lepas...sob.sob..sob..
tapi Alhamdulillah tanggal 24 September 2011 akhirnya tercapai jugak hajat hati ini hendak ke sana..
Otedah....bak kata miak Sarawak..

Ok..al-kisah perjalanan kami bermula pada pagi Sabtu.. Pepagi lagi dah bangun...bersiap...semangatlah kononnya nak pergi berlibur..**pagi sangatlah bangun tuh. ;p
Seawal jam 8.00 pagi (awal ke..? ) kiteorang dah bersiap-siap, mandi-manda, solek-menyolek sebab plan nak pegi KL Sentral pukul 10.00 pagi.. (Bus pergi Genting bertolak pada pukul 11.00 pagi)

**Oh ya sebelum terlupa..kiteorang pergi Genting ambik pakej kat KL Sentral tu.. RM47 shj per person, pergi dan balik..termasuk naik kabel car dan main 'outdoor'.

Sambung balik cerita.... :D siap punya bersiap last2 dekat2 pukul 10.30 baru siap berdandan.. =,=' 
Biasalah...perempuan...he he he (alasan..!)
Sampai je KL Sentral, sempat lagi bungkus McD punya breakfast...sebab kelaparan x makan pape lagi dari pagi...nasib baik sempat... Yang x bestnya selepas makan tu, perut x selesa pulak...huwaaa.... Rasa nak muntah.... *__* kepala pun dah start pening-pening dah.. Keadaan bertambah parah apabila bus mula mendaki-daki naik ke Genting Highland... Ape lagi pakai cermin mata hitam...terus pura2 tidur... Nasib baik xlama lepas tu dah smpai kat stesen Cable Car tu...fuh lega..!!


sempat lagi amik gambar ngan Kak Iza kat dalam bus even dah pening2 lalat waktu nih

Dah smpai kat Genting Skyway.. Mari naik Cable Car :)

More....to be continued..


Ikhlas lagi suci hati : Draft ni dah berhabuk...lupa nak post he he he... 






Sunday, 11 September 2011

Pertunangan Cik Ratu..????? - Ini baru betol ;)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Alhamdulillah pada 3 September 2011 bersamaan 5 Syawal 1432H, 
Majlis Pertunangan Cik Ratu telah selamat diadakan dikediaman keluarga Cik Ratu di Kampung Dato' Kuala Lawas, Lawas, Sarawak.

Disini Cik Ratu nak share sedikit sebanyak gambar sewaktu majlis berlangsung. malas nak mengarang panjang2 ekceli.... he he he..











Nak tengok lebih banyak lagi...boleh tengok kat sini. Tu pun kalo korang frens ngan Cik Ratu ea he he he..

Ikhlas lagi suci hati : Doakan kami ke jinjang pelamin ea... Thanx


Tuesday, 6 September 2011

Wordless Wednesday ;)

Senyum x perlu kata apa-apa ;)

Thursday, 25 August 2011

Menjelang Hari Raya Part 3 : Dari Midvalley ke Sogo...Jalan TAR dan Jalan Masjid India




Assalamualaikum dan Salam 21 Ramadhan 1342 H..

Belog berhabuk....busy la katakan dekat2 nak raya nih...
Cik Ratu pun sebenarnya dah xde idea nak karang ape... Korang tengoklah gambar Cik Ratu dan kengkawan terchenta ni membuat persediaan raya lah konon nye hehe..

sempat lagi ;p

Ambil gambar di MidValley itu satu kemestian

Sementara menunggu waktu berbuka...ish3x...pnat sangat lah konon..

Inilah jadinya pabila lama sangat tunggu waktu berbuka...

Senyummmm...

X tau nak makan ape...lapa rasa nak order sumer jek...
Sogo di malam hari..

Aalia.. :)

Satu malam di Jalan TAR

Aksi abg jual baju kurung...**Seriouss memula igt makcik2 td..hee..

Jalan Masjid India..Ramai giler org..
Oklah...sampai di sini sahaja entry untuk kali ini... Esok dah nak balik kampung... Yahoo..!! X sabar nak balik kampung beraya dan Majlis Ehem..ehem...hee... :D


Ikhlas lagi suci hati : Persiapan raya korang cmne..?



Thursday, 18 August 2011

Pertunangan Cik Ratu..?????

Macam sebaya ngan aku jek org sarung cincin kat jari aku nih.. ;p

Eh..eh..bile ni..??

Sunday, 14 August 2011

Menjelang Hari Raya Part 2 : Borong Memborong

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum Cik Ratu memulakan bicara..**bicaralah sangat hehe.. Mungkin ada yg x tau entry ini adalah kesinambungan daripada Menjelang Hari Raya 1 : 'Shopping' Raya.

Ok...selepas Cik Ratu selesai melaksanakan Misi Tudung Bawal dalam Part 1.. Cik Ratu dan Baya kDkL meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya untuk Misi Borong Memborong pulak.. Naik pening Cik Ratu xtau nak ambik tudung yang mana..semua lawa2... Brooch pon sama jugak.. Rasa nak borong satu kedai he he he.. Oklah...nak citer satu2..korang bosan pulak kang...korang tengoklah gambar ni... Suasana Borong Memborong (^_^)v

dah jumpa pilihan hati :)

Cik Ratu dan Cik Baya kDkL

Pilih jangan x pilih

Sempat lagi posing 

Fuhh...memang penat giler la..sedar x sedar sampai dah dekat nak berbuka dah...barang x abes beli lagi wuwuwu... Nasib baek Cik Pija **my housemate dah booked meja untuk berbuka kat Sogo...kalo x berbuka kat tepi jalan la kami dua... Jadi dh abes borong memborong, Cik Ratu dan Cik Baya pun terus je pergi Sogo...ready untuk berbuka :D


Menu berbuka petang itu Nasi Campo RM12.50 + Pearl Milk Tea 'Each A Cup' RM3.60
mahal giler nasi....wuwuwu..

Cik Pija x sabar nak makan ;p

bersama Cik Baya kDkL

X sabar nak makan... ;p

Dah selesai berbuka, terus balik umah...penat giler..nasib baik rumah dekat je..

Oklah sekian saja untuk Part 2 ini....kita jumpa di Part 3 akan datang...Memandangkan Zira x abes shopping lagi.....
Wassalam


Ikhlas lagi suci hati : Meh tengok tudung zira jual kat Butik Qaireen Qaisara baru je updated tadi..tudung je ea.. Brooch Zira x jual online.. 




"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"

Assalamualaikum w.b.t 

Pagi2 bukak blog, tengok cik akak Mdm Mawar Berduri tag Cik Ratu untuk G.A. ada sorang blogger ni.
So  cik Ratu memutuskan untuk try join my very2 1st G.A ;)

Haa..korang nak duit raya x..? Mehla join G.A blog F.I ni


1. Copy banner di atas dan pastekan daLam entry korang bertajuk
"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim" DONE 

2. SudikanLah diri untuk foLLow  blog F.I yang tak seberapa ni .
Dan juga bLog Cikgu FiQrie ni sebab dia sponsor duit raya . hihi .
KaLau tak foLLow macam mane nak tau news pasaL GA ni ye dak ? DONE

3. Tag 3 kawan korang .

Baya kDkL
 -
Cik Cinderlala -
Cik Zainab -

DONE

4. Link kan banner tu ke entry  G.A F.I ni okey .

DONE 

5. Postkan link korang kat comment eyh .

DONE

Hadiah :

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20

2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15

3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10

4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5


Pemenang akan dipiLih oLeh encik random memandangkan ini bukanLah contest .
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos 2011 .
Kesemua hadiah akan diposkan kepada anda pada 22 Ogos . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates