Assalam dan selamat malam cemua....
Seperti yang Cik Ratu talking2 dalam entry sebelum ini malam ni Cik Ratu akan share resepi rahsia **rahsialah sangat atau dlm omputehnya Secret Receipe... Ayam Masak Kari Versi Cik Ratu
Okeh....kawan2 meh pakai apron get ready to cook...
Untuk memasak resepi ini...bahan-bahan yg diperlukan ialah :
1. Ayam dalam 1/2 kg (**nak guna chicken wing je pon bole)
2. Sudah semestinya serbuk kari - 3 sudu teh kmudian bubuh air dan kunyit ckit
3. Santan kelapa - **nak pakai santan paket pn ok je...tapi real santan lagi cedap
4. Serai 3 btg - di ketuk....nak ketuk cmne..? amik lesung pastu haaa..ketuk2 je... :D
5. 1 inci halia - gi amik pembaris ukur..hehe..
6. 5 ulas bawang merah
7. 3 ulas bawang putih
8. Kiub pati ayam / Serbuk pati ayam **sangat penting!!!
9. Cili giling/cili kisar
10. Bunga lawang/bunga cengkih
11. Ubi kentang
12. Air asam jawa (nak guna asam keping pon boleh)
13. Air tambah tolak 2 cawan
14. Garam secukup rasa
Ok...bahan dah siap mari kita masak.....
1. Bersihkan ayam yg telah siap di potong2 dan ketepikan..
2. Ambil 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1 inci serai tadi dan ditumbuk bersama (nak blend pon boleh).
3. Kemudian panaskan kuali dan tuangkan minyak.. Setelah minyak cukup panas, ambil bahan yg telah di tumbuk/blend tadi dan tumiskan sehingga wangi...kemudian masukkan serai dan bunga lawang serta bunga cengkih tadi....teruskan tumis sehingga dh cukup masak.
4. Kemudian masukkan pula cili giling/cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak...setelah itu masukkan serbuk kari yang telah di gaul dengan air tadi dan tumis sehingga masak/pecah minyak jugak..
5. Masukkan air asam jawa/asam keping dan tumis sebentar. Selepas itu masukkan ayam dan tambah 2 gelas air.
6. Setelah ayam tadi mula mendidih...*I mean air dia masukkan kiub pati ayam/serbuk pati ayam td..**kalo untuk 1/2 kg...1 kiub atau 1 sudu pati ayam dah cukup dan masukkan ubi kentang.
7. Masak lebih kurang 20 min, kemudian masukkan garam secukup rasa. biarkan lagi selama 5 min dan akhir sekali tuangkan santan...biarkan dalam 5 min kemudian..tutup api.....dah siap :)
~Ayam masak kari versi Cik Ratu sedia untuk dimakan~
Gambar hiasan semata-mata Selamat Mencuba!! Pesanan ikhlas lagi suci hati : Sorry kalo ayat tunggang langgang..first time share resipi nih...salu share tutorial pakai shawl je kat Butik Qaireen Qaisara...oh ya..itu butik Zira punya..add me ya :) **nanti nak share tutorial shawl pulakss (^_^)v |
2 comments:
sedap2.. tapi kenapa inda tunjukkan gambar masakan yg sebenarnya. lagi umpph hehee
lupa mo ambil gbr masakan sendiri huhu..
Post a Comment